Assalamualaikum...

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Kami adalah penjual Cloth Diapers dan menawarkan harga serendah RM18/Pcs.
Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut,
anda boleh lihat jenis-jenis Cloth Diapers yang kami jual di bahagian kanan blog ini.
Anda juga boleh hubungi 019-3535514 (Adah) atau 019-3474267 (Shah).
Pertanyaan juga boleh diajukan melalui SMS atau E-Mail :
nursyahadah.af@gmail.com

Beberapa produk lain juga akan muncul dari masa ke semasa.
Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan update dari blog kami.
Terima kasih.

Tuesday, 4 June 2013

Cloth Diapers and Police Report

Assalamualaikum...


Hi All... dah lama saya tak posting apa2...dek kerana kesibukan melanda diri, akan tetapi perniagaan saya masih berjalan seperti biasa... alhamdulillah saya masih dikurniakan pelanggan-pelanggan yang setia dan memahami.

Mungkin ada di antara anda yang sudah membaca comment dari Anonymous pada semua post Cloth Diapers yang menceritakan mengenai 'bad experience'nya membeli cloth diapers daripada saya... 

Anda boleh tengok post ini :

Mungkin ada diantara anda yang sudah merasa negatif dengan perniagaan saya disaat anda membaca comment tersebut, sehinggakan ada yang rasa was-was untuk membeli barangan dari saya, dan mungkin juga ada yang sudah blacklist blog saya, oh sedihnya...  Sekian lama saya menyepikan diri, hari ini baru saya sempat untuk berkongsi sesuatu dengan anda semua...


Gambar di atas ini adalah salinan laporan polis yang saya buat pada 16.11.2012 berkenaan kes berikut.  Kenapa saya membuat laporan polis?  Kerana kes ini sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan saya.  Bukan untuk memanjangkan isu, tetapi hanya untuk mempertahankan diri jika pelanggan tersebut membuat tindakan lagi.  Ini adalah nasihat dari pihak polis sendiri.  Dan kenapa saya tidak delete sahaja comment beliau?  Lagi mudah kan? Namun atas nasihat pihak polis, mereka menyarankan agar saya tidak membuang comment itu, ia adalah sebagai bukti kepada SKMM jika pelanggan tersebut masih terus mengganggu saya.

Terima kasih kepada anda semua kerana sudi meluangkan masa untuk membaca penjelasan saya ini.  Kepada Ms. Lim (pelanggan yang merasakan dirinya ditipu), saya bukanlah orang yang tidak boleh bertolak ansur, sangat boleh, sehinggakan anda mendapat wetbag secara percuma dari saya sedangkan anda tak layak.  Tetapi jika anda mengganggu saya dengan cara begini, bagaimana saya nak pertahankan perniagaan saya.  Saya bukanlah orang kaya, jika tidak kenapa saya perlu bersusah payah berniaga.  Mungkin perniagaan saya belum besar dan belum gah, saya masih lagi merangkak2 lagi mencari ruang untuk mengembangkan perniagaan saya.  Namun untuk berniaga dengan cara yang salah seperti menipu pelanggan, itu bukanlah cara saya.  Saya orang Islam, dibesarkan dengan ilmu agama Islam... Saya tahu hukum, halal dan haram, dan saya mencari rezeki yang halal untuk anak-anak saya, tak tergamak saya nak bagi anak-anak saya makan pakai dari sumber yang tak halal.

Saya menjadikan hal ini sebagai pengajaran dan pelajaran bagi diri saya.  Mungkin ada positifnya dalam hal ini, sekurang-kurangnya saya sudah tahu bagaimana caranya ingin berdepan dengan pelanggan seperti ini, dan tindakan yang sewajarnya saya perlu ambil.  Ini adalah salah satu proses pembelajaran saya untuk lebih bersedia dengan apa jua situasi yang datang.  Jangan cepat melatah, tarik nafas, dan berfikir secara rasional.  Positif! dan u'all juga mesti positif! 


Saya yang bernama,
Nur Syahadah Binti Ahmad Fadzil
Sayang Ummi Shoppe

No comments:

Post a Comment