Assalamualaikum...

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Kami adalah penjual Cloth Diapers dan menawarkan harga serendah RM18/Pcs.
Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut,
anda boleh lihat jenis-jenis Cloth Diapers yang kami jual di bahagian kanan blog ini.
Anda juga boleh hubungi 019-3535514 (Adah) atau 019-3474267 (Shah).
Pertanyaan juga boleh diajukan melalui SMS atau E-Mail :
nursyahadah.af@gmail.com

Beberapa produk lain juga akan muncul dari masa ke semasa.
Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan update dari blog kami.
Terima kasih.

Friday, 18 May 2012

Perbandingan Susu Ibu Dengan Susu Lembu

Semua spesies mamalia termasuklah manusia, mamalia maging dan mamalia maun menghasilkan susu badan untuk dijadikan minuman buat bayi-bayi mereka. Tetapi, komposisi dalam susu bagi setiap spesies mamalia itu adalah berbeza dan lain-lain sumber susu yang diperbandingkan dengan susu keluaran manusia juga memang ternyata perbezaan kandungannya, walaupun rata-rata susu keluaran yang dihasilkan memang tampak keputihan. Sebagai suatu ketetapan, susu mamalia yang dijaga secara kerap (termasuk bayi manusia) adalah kurang nilai kekayaannya (kepekatannya). Ia bersifat kurang pekat, mempunyai kandungan air yang tinggi, berbanding dengan susu mamalia yang dari mudanya dijaga kurang. Susu keluaran manusia biasanya lebih halus akan teksturnya dan lebih manis berbanding susu keluaran lembu segar.



Secara amnya, susu lembu tidak mempunyai kandungan vitamin E, zat besi, atau asid lemak esential yang mencukupi, ini boleh menyebabkan bayi yang dibekalkan minuman susu lembu akan mudah mendapat penyakit anemia. Susu lembu juga mempunyai kandungan protein, natrium, dan kalium yang tinggi yang dapat menyebabkan peningkatan nilai bebenan kepada ginjal bayi yang seterusnya dapat menyebabkan kegagalan dan kerosakan ginjal bayi. Perlu diketahui bahawa bayi manusia sebenarnya merupakan spesies bayi yang lemah berbanding dengan bayi keluaran haiwan mamalia, sitem pertahanan dan kematangan bayi manusia adalah terlalu lambat untuk mencapai tahap kematangan yang optima pada tempoh masa yang singkat. Tambahan itu, protein dan lemak dalam susu lembu sukar untuk dicerna oleh sistem intertestinal bayi manusia dan ia sukar untuk diseram kedalam pembuluh dan kapilari darah, berbeza dengan susu ibu, ianya lebih kurang kandungan protein dan lemak dan teksturnya yang lebih halus dan lembut serta mudah diserap. Susu sejat mungkin mudah untuk dicerna berikutan kaedah pemprosesan proteinnya, namun kandungan nutriennya masih lagi kurang mencukupi bagi bayi. Kesan ketara yang mungkin selalu dirasai oleh segelintir bayi apabila mengambil sekali atau lebih susu lembu adalah masalah alergi susu. Lebih ketara masalah ini didiagnosis berpunca kepada protein susu lembu itu sendiri. Masalah ini masih lagi berterusan sehingga hari ini walaupun bayi diberi minum susu formula, kerana rata-rata susu formula yang dibuat khas bagi bayi atau kanak-kanak masih menggunakan sumber asasnya dari susu lembu. Pemilihan susu lembu sebagai bahan asas oleh para pengeluar dan penghasil susu formula kerana susu lembu dilihat sumber susu yang murah berbanding susu keluaran kambing dan lain-lain selain penghasilan susu lembu adalah banyak dan mudah diperolehi kerana ternakan industri lebih memberi fokus pengeluaran susu dari lembu berbanding haiwan dan tumbuhan-tumbuhan yang lain.

Diantara beberapa jenis susu formula yang terdapat di pasaran.
Sumber : aidanajmuddin.blogspot.com

Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Susu_ibu



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

No comments:

Post a Comment