Assalamualaikum...

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Kami adalah penjual Cloth Diapers dan menawarkan harga serendah RM18/Pcs.
Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut,
anda boleh lihat jenis-jenis Cloth Diapers yang kami jual di bahagian kanan blog ini.
Anda juga boleh hubungi 019-3535514 (Adah) atau 019-3474267 (Shah).
Pertanyaan juga boleh diajukan melalui SMS atau E-Mail :
nursyahadah.af@gmail.com

Beberapa produk lain juga akan muncul dari masa ke semasa.
Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan update dari blog kami.
Terima kasih.

Wednesday, 23 May 2012

Penyusuan dan Ibu Bekerja - Kaedah Untuk Mengecapinya!

Setiap ibu merupakan wanita yang bekerja, samada di luar atau di dalam rumah. Jarang orang lain sedar bahawa wanita mempunyai tanggungjawab produktif (bergaji dan tidak bergaji) dan reproduktif (beranak dan penyusuan ibu). Kedua-dua tanggungjawab ini merupakan aspek penting dalam kehidupan wanita dan boleh digabungkan.
Melahirkan dan menyusukan anak sendiri merupakan suatu pengalaman yang indah, berbaloi dan sememangnya boleh digabungkan dengan perkerjaan sepenuh masa. Jika ibu-ibu mempunyai pengetahuan, kemahiran, keyakinan, sokongan pakar kesihatan dan ahli keluarga untuk membuat keputusan yang terbaik untuk dia dan bayi, maka penyusuan menjadi suatu pengalaman yang memuaskan hati si ibu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar ibu-ibu mengamalkan penyusuan eksklusif buat 6 bulan yang pertama kehidupan bayi untuk mendapatkan kelebihan kesihatan dan perkembangan yang optimum. Penyusuan juga patut disambung, bersama-sama dengan pengenalan makanan pelengkap, sehingga umur 2 tahun.

Buku Panduan ini boleh didapatkan di kedai buku ataupun di beli secara online. Banyak info-info yang bermanfaat jika anda benar-benar ingin menyusukan anak secara eksklusif.
PS: Saya tidak pernah membeli buku ini... ^_^

Bagaimana untuk menggabungkan kerja dan penyusuan ibu?
Mula menyusu pada jam pertama selepas bersalin, dan setiap dua jam pada waktu siang dan sebelum pukul 12 malam, dan setiap 3 jam selepas pada tengah malam. Menyusu bayi anda sepuasnya pada satu payu dara, dan penyusuan seterusnya selepas 2-3 jam pada lagi satu payu dara. Pastikan posisi bayi adalah betul (bayi meniarap pada tepi dan mukanya menghadap payu dara) dan pautan hisapan yang baik (bayi menghisap pada puting dan kirakira 1 inci pada areola untuk mengelakkan kesakitan puting).

Sokongan dari suami sangat penting dalam membina emosi ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif.


  • • Berlatih mencapai kesempurnaan. Mula berlatih memerah dan menyimpan susu ibu dua minggu sebelum kembali bekerja. Perah dan beku satu pek susu ibu sehari agar anda akan memiliki 14 pek susu ibu sebelum anda mula kerja. Jumlah susu biasanya agak sedikit pada peringkat permulaan tetapi akan semakin bertambah selepas beberapa percubaan.


  • • Menyambung memerah susu bila mula bekerja. Perah pada pukul 7 pagi, 9 pagi, 1 petang, 5 petang dan 8 malam agar mempunyai simpanan susu agar bayi mempunyai susu untuk hari berikutnya.


  • • Buat pilihan anda. Anda boleh memerah susu menggunakan tangan atau pam payu dara manual atau elektrik. Pam elektrik dengan kit pengepaman kembar mungkin lebih cepat, tetapi ia lebih mahal. Memerah dengan tangan pula adalah cara yang lebih murah dan kurang menyakitkan payu dara. Tidak kiralah apa jua cara dipilih, pastikan ianya selesa dan memudahkan anda.


  • • Beritahu majikan anda. Beritahu majikan anda tentang keperluan anda. Tempat kerja yang mesra ibu adalah penting bagi wanita yang mengamalkan penyusuan ibu. Ini termasuk tempat untuk memerah dan menyimpan susu ibu, waktu rehat untuk penyusuan ibu dan persekitaran yang membantu.


  • • Membuat persediaan. Anda mungkin memerlukan peti ais untuk menyimpan susu jika kerja anda memerlukan anda ke sana ke mari. Ada baiknya jika anda memakai pad menyusu jika tiada masa untuk memerah susu daripada membiarnya meleleh keluar dan membasahkan pakaian anda. Anda juga boleh menyilangkan tangan dan menggunakan penumbuk tangan untuk menekan pada puting dan payu dara untuk menghentikan pengaliran susu.


  • • Letakkan tarikh pada susu ibu yang disimpan dalam peti sejuk beku dan nyahbekukan beberapa paket pada malam sebelumnya untuk digunakan pada keesokan hari. Pastikan anda sentiasa mempunyai senarai untuk perkara-perkara yang perlu dilakukan.


  • • Pengurusan masa yang baik. Sememangnya penting untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, terutama sekali bersama bayi dan pasangan anda. Hubungan yang erat menjamin rumahtangga yang sihat. Maka, tentukan keutamaan anda dan jika perlu, sediakan satu jadual.


  • • Dapatkan sokongan yang anda perlukan. Minta ahli keluarga dan rakan-rakan untuk memberi bantuan tambahan semasa anda menyusu ibu. Bapa juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberi sokongan emosi kepada ibu yang menyusu.


Sumber : http://www.mypositiveparenting.org/bm/cn_breastfeeding.html


Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

No comments:

Post a Comment