Assalamualaikum...

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Kami adalah penjual Cloth Diapers dan menawarkan harga serendah RM18/Pcs.
Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut,
anda boleh lihat jenis-jenis Cloth Diapers yang kami jual di bahagian kanan blog ini.
Anda juga boleh hubungi 019-3535514 (Adah) atau 019-3474267 (Shah).
Pertanyaan juga boleh diajukan melalui SMS atau E-Mail :
nursyahadah.af@gmail.com

Beberapa produk lain juga akan muncul dari masa ke semasa.
Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan update dari blog kami.
Terima kasih.

Thursday, 17 May 2012

Pengenalan : Susu Ibu

Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payu dara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi. Namun begitu konteks yang akan diterangkan dalam rencana ini lebih menekankan tentang susu ibu manusia. Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun.

Pada keperluannya, bayi baru lahir amat diperlukan dan disarankan agar terus diberi makan hanya dengan susu ibu sehingga umur bayi menjangkau 6 bulan. Ibu yang telah melahirkan anak adalah amat bersesuian untuk terus menggunakan susu yang keluar dari payu daranya untuk disusukan buat bayi kelahiranya. Namun berikutan penciptaan pam payu dara, kini lebih ramai ibu-ibu lebih suka untuk menyediakan simpanan susu tambahan buat anaknya atau sebagai suatu inisiatif bagi menyusukan anak orang lain supaya menjadi anak susuannya, atau mendermakan susu tambahan ke dalam bank susu ibu untuk program tabung susu ibu. Susu yang sudah dipam akan dimasukkan kedalam botol susu bayi, cawan ataupun sistem penyimpanan susu dan juga tiub nasogastrik.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penyusuan susu hanya dieksklusifkan bagi bayi yang berumur 6 bulan pertama kelahirannya. Ini bemaksud tiada sebarang pemberian makanan tambahan kepada bayi baru lahir sehingga ia mencapai umur 6 bulan selepas kelahiran. Pemberian makanan pejal, susu formula, susu skim, susu segar dari haiwan malahan air mineral dan air minuman pun sudah cukup menyebabkan bayi akan mengalami masalah tumbesaran, masalah komplikasi penyakit dan tanda kemerahan/ alergi boleh berlaku. Namun selepas umur bayi melebihi 6 bulan, barulah makanan tambahan seperti bubur formula, susu skim, air minuman diberikan sebagai tambahan terhadap penyusuan terus susu ibu sehingga umur bayi sampai kepada 2 tahun. Namun keadaan berlarutan bagi susuan sehingga 2 tahun adalah bergantung kepada kehendak ibu dan bayi.

Tujuan penyusuan dengan susu ibu dapat memberikan banyak faedah kepada kesihatan yang sangat baik sehingga ia menjangkau usia kanak-kanak. Antara kebaikannya adalah; kurangnya mendapat risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS), meningkatkan tahap kepintaran dan kecerdikan, mengurangkan risiko seperti jangkitan telinga tegah, kesejukan, flu dan selesema, serta dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit leukemia kanak-kanak, diabetes, asma dan ekzema. Juga mengurangkan penyakit kulit, masalah gigi dan gusi. Mengurangkan risiko obesiti pada usia kanak-kanak dan dewasa, melancarkan sistem penghadaman dan obstektrik. Mengelakkan masalah kekuingan pada bayi (jaundice). Ia jga mampu mengurangkan risiko kecacatan dan keilatan bayi dan masalah pembinaan psikologi bayi.

Penyusuan bayi dengan susu ibu juga bayi buat ibu yang menyusu atau ibu yang menderma susu ibu. Ia dapat membantu ibu mengekalkan saiz dan struktur rahim dan uterus seperti sebelum mengandung. Membantu mengurangkan pendarahan post-partum termasuk menurunkan kehilangan darah nifas dan wiladah. Juga membantu menurunkan berat badan ibu dan melangsingkan badan secara sihat. Penyusuan susu ibu pada bayi dapat mengurang risiko kanser payu dara dalam kehidupan ibu.

Dua sampel susu ibu dengan isipadu 25ml. Sampel susu kiri adalah susu cair (foremilk), susu cair yang hadir dari payu dara yang penuh. Sampel susu kanan pula adalah susu pekat (hindmilk), susu krim yang agak pekat yang hadir dari payu dara yang mempunyai isipadu susu yang kurang.

PENGHASILAN

Dibawah penghasilan hormon prolaktin dan oksitoksin yang dikeluarkan oleh kelenjar mammari, wanita yang mengandung dapat menghasilkan susu untuk menjadi makanan utama bagi bayinya apabila dilahirkan nanti. Susu ibu yang dihasilkan pada 7 minggu pertama sewaktu bayi masih dalam kandungan dapat menghasilkan kolostrum, dimana ia tinggi akan kandungan immunoglobulinIgA, dimana dapat memelihara sistem gastrointestinal bayi dengan baik. Kolostrum juga bertindak menjaga dan melindungi sistem imun semulajadi bayi sehinggalah ia dapat bekerja dengan baik seperti manusia normal biasa. Kolostrum juga dapat menghasilkan laksatif ringan dan lembut pada bayi, dimana laksatif dapat menghasilkan mekonium bagi membantu dalam melindungi tubuh dari penciptaan bilirubin (faktor penyumbang masalah kekuningan (jaundice).

Masalah ketidakmampuan penghasilan susu yang cukup jarang berlaku kepada ibu mengandung didunia ini, kajian menunjukkan ibu di negara-negara membangun lebih mengalami masalah kesukaran menghasilkan nutrien yang cukup dalam susu mereka berbanding ibu dari negara maju. Terdapat banyak sebab mengapa ibu tidak dapat menghasilkan susu dengan cukup. Mungkin akibat lekapan yang yang kurang betul (i.e. bayi tidak menghisap puting payu dara ibu dengan efisyen atau mungkin juga posisi hisapan dan penyusuan tidak betul), penjagaan yang tidak baik atau pengepaman payu dara bagi pengeluaran susu tidak cukup bagi penghasilan susu yang seimbang, pengambilan ubat-ubatan dan meditasi (misalnya mengandungi estrogen kontraseptif hormon, dimana berkaitan dengan kegagalan penghasilan prolaktin; sindrom ini mungkin memerlukan rawatan seperti penggantian hormon.

Jumlah susu yang dihasilkan bergantung pada kekerapan penjagaan payu dara oleh ibu atau pengepaman payu dara; semakin kerap ibu menjaga bayinya dengan baik atau semakin tinggi kadar pengepaman payu dara, maka makin tinggi la susu ibu yang dihasilkan. Ia sangat membantu untuk menjaga kerana ia merupakan satu permintaan-bayi kadangkala amat memerlukan susu dengan tidak mengikut jadual penyususannya, maka ibu seharusnya lebih peka untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi bayinya khususnya dengan meningkatkan kadar pengambilan makanan seimbang dan berzat tinggi. Ibu boleh menggunakan pam payu dara versi elektronik kerana ia dapat merangsang pengeluaran susu dengan baik dan mencukupi. Ada ibu yang mengambil herba seperti fenugreek yang telah digunakan sejak ratusan tahun lalu secara turun temurun bagi meningkatkan penghasilan susu. (Kewujudan produk "Teh Susu Ibu" yang mengandungi bahan herba fenugreek telah meningkatkan tahap pesanan dan permintaan keatas herba tersebut. Terdapat juga preskripsi meditasi yang boleh digunakan seperti Domperidone dan Reglan. Penghasilan pengeluaran susu ibu juga dikenali sebagai galactagogue.



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

No comments:

Post a Comment