Assalamualaikum...

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Kami adalah penjual Cloth Diapers dan menawarkan harga serendah RM18/Pcs.
Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut,
anda boleh lihat jenis-jenis Cloth Diapers yang kami jual di bahagian kanan blog ini.
Anda juga boleh hubungi 019-3535514 (Adah) atau 019-3474267 (Shah).
Pertanyaan juga boleh diajukan melalui SMS atau E-Mail :
nursyahadah.af@gmail.com

Beberapa produk lain juga akan muncul dari masa ke semasa.
Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan update dari blog kami.
Terima kasih.

Tuesday, 13 September 2011

Nera AF - Hatiku Milikmu

dah beberapa hari ni saya asyik dengar lagu baru ni di Hot FM, layan gak... jom, cekidaut lagu Nera AF - Hatimu Milikku >>>



Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku
[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu
[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu
Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Ulang [*][**]
Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku
Ulang [*][**]
Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini





Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Friday, 9 September 2011

Sambutan Hari Lahir Raisya Adira + BBQ Gathering Family

Assalamualaikum... tanggal 03/09/2011 mungkin bukanlah tarikh yang sangat special bagi sesiapa, tapi pada tarikh itu-lah sambutan hari lahir Raisya dibuat... walaupun lewat hampir sebulan (Hari Lahir Raisya 06/08/2011), namun saya tetap merealisasikan sambutan itu, supaya apabila raisya besar nanti, saya boleh tunjukkan gambar-gambar itu pada raisya dan berkata "ini adalah sambutan hari lahir raisya yang pertama"... kami sekeluarga mengenakan pakaian sedondon berwarna ungu, dah tentu la warna feveret saya!...


ekceli pada tarikh itu sebenarnya bukanlah ingin dibuat sambutan hari lahir raisya... pada hari itu sebenarnya telah dirancang gathering family sambil buat BBQ, jadi, dah alang-alang kebanyakannya ahli keluarga hadir pada hari itu, saya mengambil kesempatan untuk buat sambutan birthday raisya... mungkin tak-lah se-gah anak-anak kecil lain, ada tiupan lilin, belon dan topi hari lahir, saya cuma sempat membeli kek untuk sambutan hari lahir itu... memandangkan makanan BBQ juga banyak, kami sepakat untuk tidak menambah apa-apa makanan remeh yang lain, kang tak habis, masing2 nye perut pun bukan beso mane... alangkan ayam udang kambing ikan malam tu pun tak mampu di habiskan, apa lagi jika saya menambah makanan-makanan lain...

ok lah-cekidaut gambar-gambar birthday raisya + gathering family lagi.....


Raisya agak tercengang apabila orang menyanyikan lagu happy birthday...



Ayah Raisya dengan Pak Long sedang membakar... apsal ntah muka ayah serius je...

hasil si daging kambing, ayam dan ikan sesudah di bakar...

Steamboat pun ada gak... kelihatan acik Iqa dengan Pak Cu Raisya...

Sambil makan pun sambil bakar lagi... kelihatan mr. udang menunggu masa untung rentung~



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Wednesday, 7 September 2011

Eid El-Fitr 1432 Hijriah

Assalamualaikum...

malas dah nak tangguh-tangguh, hari ni saya masukkan gambar kami edisi Aidilfitri 1432 Hijriah... kan kalau tangguh-tangguh, raya dah basi, dah tak feel nak tengok gambar-gambar raya nih... mana yang ada je lah saya masukkan, gambar-gambar yang belum sampai tu saya masukkan kemudian je lah...


sedikit story about Eid El-Fitr 1432 H, untuk kali kedua menyambutnya bersama suami dan anak tersayang, kami sepakat untuk pulang ke Sepang... memandangkan Aidilfitri tahun lepas saya sambut di Subang (rumah mertua), jadi, suami setuju untuk pulang ke Sepang tahun ini... lagi pula saya menginap di rumah mertua, jadi, kampung halaman untuk saya kunjungi cuma-lah satu, iaitu di Sepang, takkan tu pun nak berkira pun kan... lainlah kalau saya dah mempunyai rumah sendiri, tak kisah lah kalau menyewa pun, tapi memang saya sangat-sangatlah teringin untuk tinggal berasingan dengan mertua... rasanya ramai yang sudah maklum cabaran tinggal dengan mertua ni sangat besar, begitulah kehidupan yang saya hadapi... bukan tak teringin nak duduk berasingan, tapi masih belum mempunyai kemampuan untuk hidup sebegitu... apa yang penting, kami masih berusaha dan teruskan berusaha...

berbalik kepada kisah Aidilfitri, teringin saya menyingkap kisah tahun lalu, dimana saya menyambut Aidilfitri buat kali yang bertama dengan dua title sekaligus, iaitu isteri dan ummi... saya berkahwin pada 09/10/2009, 3 minggu selepas umat islam menyambut Aidilfitri 1430 H... rezeki allah, saya disahkan hamil pada Disember 2009, dan melahirkan Raisya Adira pada 06/08/2010 (5 hari sebelum Ramadhan)... jadi, puasa saya ketika itu memang hancur lebur la sebulan dek kerana berpantang... oleh itu, saya memang tak sempat langsung untuk beraya berdua dengan suami saya, ekekekee~ nak buat camne kan, dah tak sabar sangat nak anak... namun begitu, tahun lepas saya tetap beraya, tak kisah la dalam pantang pun kan... saya angkut la baby saya kemana-mana pun...

untuk Aidilfitri tahun ni juga kami memilih tema dark chocolate... sebenarnya kami tiada persiapan rapi pun kerana suami saya agak sibuk selama sebulan (bulan Ramadhan, sabtu ahad pun kerja) hinggakan saya kene cari kain baju saya sendiri... baju suami saya sememangnya sudah sedia ada, cuma dia hanya pernah memakainya sekali sahaja ketika menyertai perarakan maulidurrasul, jadi dia buat keputusan untuk pakai baju tu sahaja untuk lebaran, dek kerana malas nak fikir-fikir carik baju raya & tempah-tempah... jadi, saya lah yang terkial-kial turun nilai square untuk carik kain baju yang sedondon dengan baju dia... jadi, ini lah hasilnya baju yang saya jahit sendiri hinggakan koyak (tapi takde yang perasan koyak tu, eheheeheee~)...

ok lah~ cekidaut gambar-gambar raya tahun ni...

Gambar Ummi, Ayah dan Raisya

Gambar keluarga besar Ummi, complete! tapi tak la besar sangat pun kan~



Raisya kepenatan beraya... kesian anak ummi dan ayah ni...

Persalinan baju Purple... sebenarnya baju ni ada kisahnya... baju ni ditempah untuk majlis perkahwinan saya dan ayah pada 2009, plannya baju ni untuk di pakai pada malam selepas pernikahan... tapi alkisahnya pengantin lelaki dibawa pulang ke Subang balik, sebab keesokan harinya akan ada perarakan... ikut adat la kot gamaknye tuh... sudahnya saya pakai sendiri je la pada malam pernikahan tu, dah pengantin lelaki-nya takde... alkisahnya lebaran tahun lepas barulah kami berpeluang untuk mengenakan pakaian ni sama-sama... tahun ni kami ulang pakai lagi, lagipun baju ni jarang sangat kami pakai, ntah ada orang yang perasan atau tak baju ni baju lama, tak tahu la saya... tapi, selagi baju ni cantik dimata saya, saya tak kisah pun untuk memakainya berulang kali walau di hari lebaran sekalipun...

Ok, Selamat Hari Raya semua!



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Tuesday, 6 September 2011

Sejarah Telefon Bimbit Saya

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya kepada semua bloggers... dah terlalu lama saya tak update my blog disebabkan virus kemalasan yang telah menular dalam setiap urat tubuh badan... sebenarnya sekarang ni pun saya masih malas, dek kerana mood hari raya yang belum habis, tapi cuba gak gagahkan tangan untuk menaip pengisian blog ni... karang bloggers-bloggers tengok blog saye asyik tak update je, bosan lak kang, kang dah takde orang nak jenguk blog saya ni...

sementara menunggu gambar-gambar raya sampai ke tangan saya sepenuhnya, saya teringin nak upload gambar-gambar handphone yang saya pernah gunakan sepanjang hidup saya setakat ni... memula nak kumpul gambar-gambar handphone tu, jenuh la nak ingat balik handphone apa yang saya penah pakai dulu... tapi bila fikir-fikir balik, semua handphone tu sangat berjasa kepada saya, tak balik tau saya lupakan macam tu je... jadi, sebagai penghargaan kepada handphone-handphone saya yang sangat berjasa tu, saya sematkan gambar-gambarnya di kotak memori blog Sayang Ummi... cekidaut gambar-gambar handphone saya yang cikai-cikai ini... ekekekeee~


Handphone pertama, NOKIA 5110, besar gabak tu handphone ni, macam botol air... berat pulak tuh... handphone ni abah bagi saya masa saya mula-mula masuk asrama... kesudahan handphone ni, saya baling-baling bagi rosak, sebab saya nak mintak handphone baru yang lagi best dari abah, heheheeee~


Handphone kedua, KYOCERA TG200... handphone ni saya dapat lepas saya rosakkan handphone NOKIA 5110 tu ha, ekekekee~ abah gak yang bagi handphone ni... Kyocera TG200 ni tak la canggih sangat pun, tapi ia sangat-sangatlah ringan macam mainan... saya tak ingat lak kesudahan handphone ni camne, tapi yang pasti ia memang dah lenyap dari pandangan saya...



NOKIA 3310, handphone ketiga saya... masa saya pakai ni, tengah gelamer handphone ni, zaman bila pun saya tak ingat, tapi memang tengah gelamer lah time tu, sume orang pakat-pakat nak beli handphone ni... sekarang tak de dah jual kat kedai... sejarah handphone ni saya beli setelah saya dapat duit dari makcik saya sebanyak RM250, masa tu saya jaga anak-anak dia 5 orang masa dia tengah berpantang anak yang ke-6... dapat la upah sikit... pastu saya tambah sikit duit saya, dapat la beli handphone ni... kesudahan handphone ni, saya pinjamkan kepada kawan baik saya, sampai ke Mesir dia bawak handphone saya menjelajah... alih-alih bila dia balik sini, saya nampak dia dah pakai handphone lain... dan saya pun tak lah pernah bertanya ke mana perginya handphone yang pernah saya pinjamkan... demi-mu sahabat... isk~ isk~


Ok, handphone ke-4, NOKIA 8250, atau lebih mesra dipanggil NOKIA BUTTERFLY... saya beli handphone ni pakai duit kumpul sendiri dari duit belanja bulanan yang abah bagi saya... saya beli di Parit Buntar, Perak... sebab saya beli handphone ni adalah kerana saya tengok mak saya pakai handphone ni, kecik, cute dan comel... so, saya sambar la sebijik... Kesudahan handphone ni saya trade-in dengan handphone NOKIA 3100..


NOKIA 3100 ni handphone ke-5 saya... masa saya beli ni tengah gah keluar handphone poliponik ringtone, camne nak eja poliponik tu pun saya tak reti, reti menyebutnya aje... handphone ni saya beli dengan harga RM500 lebih, 'lebih' tu saya tak ingat dah berapa... saya beli di bagan Serai, Perak. kesudahannya? masih belum berkesudahan lagi... handphone ni masih ada di tangan saya sampai sekarang, saya tak tau kenapa saya sayang sangat handphone ni, dari saya beli pada tahun 2004, sampai la sekarang 2011... amek kau, berapa tahun lama tu saya jaga handphone ni... satu hal yang saya suka tentang handphone ni, ia tahan lasak! berapa kali dah saya jatuhkan, siap pernah terpijak, tercampak, macam-macam lagi la... tapi dia masih nak hidup untuk saya, hehehehee~ walaupun handphone ni dah tak sekuat dulu, saya tetap sayang dan pakai hingga sekarang....


Sony Ericsson K300I, handphone truetone pertama saya... memang sangat berbangga masa membeli handphone ni, sbb saya adalah di antara orang-orang terawal yang memiliki handphone truetone... saya beli di Tanjung Sepat, Banting... handphone ni kesudahannya saya trade-in dengan handphone NOKIA 6131...


tadaaa!! ni la NOKIA 6131, handphone saya yang ke-8... masa ni memang saya teringin sangat nak handphone lipat, terus la sambar yang ni... memang cun, tapi ketahanannya tak kuat... pastu battery cepat low... saya beli handphone ni di Penang, sebab masa tu saya belajar di sana... lama gak la saya pakai handphone ni... sampai ke Riau saya bawak dia jelajah, pastu kesudahannya saya tinggalkan dia terus kat Riau, kerana saya telah menukarkannya kepada handphone LG KE770...


langkau jap LG KE770, nak perkenalkan NOKIA 3610... handphone ni handphone abah saya, saya main ambik je... masa tu abah saya dah pakai handphone canggih, handphone ni tersadai je kat umah, saya pun sambar la, buat koleksi... alih-alih handphone ni saya jualkan di Riau sebab nak menambah duit untuk beli handphone baru, ekekekee~


LG KE770... tak ramai yang berminat dengan handphone ni... tapi saya suke... sebab simple & stylo, heheheee~ handphone ni saya beli di Riau, trade-in dengan Nokia 6131 yang dah mengong-mengong masa tu... handphone ni tak la mahal sangat pun, tapi saya dah tak ingat harganya berapa... kesudahan handphone ni pun saya trade-in gak...


Sony Ericsson G900, ni handphone tercanggih yang pernah saya pakai sepanjang hidup saya... saya beli handphone ni dengan harga RP2,100,000.00 (Dua Juta Satu Ratus Ribu Rupiah) ekekekee~ saya beli handphone ni di Riau... handphone ni banyak kenangan untuk saya... saya beli handphone ni sempena hari lahir saya pada bulan 5, jadi saya memilih handphone yang mempunyai kamera 5 megapixel... saya beli handphone ni sama dengan handphone abang angkat saya yang lahir pada bulan 5 gak, kira kitorang beli sama-sama la... tapi atas sebab-sebab tertentu, saya jual handphone ni kepada kawan ofis saya di JAIS... ye lah, saya kan dah bersuami, seboleh-bolehnya janganlah ada kenangan-kenangan yang melibatkan lelaki lain... untuk menjaga keharmonian rumahtangga, heheheee~


VITELL V212, handphone ni pun saya beli di Riau... saje-saje beli, sebab harganya murah RP200,000.00 sahaja... dalam RM kira RM80 la... handphone ni takde keistimewaan apa-apa pun, setakat nak call sms tu lepas la... handphone ni masih ada dengan saya, kalau jual pun takde harga, lebih baik pakai... ye dak?


terakhir, NOKIA 1616... saya tak beli pun handphone ni, ambik pakai dari suami saya je, sebab dia dah beli Samsung Galaxy Mini... ni la handphone yang saya pakai sekarang, tak de dah nak canggih-manggih... tunggu la duit jatuh dari langit kang, mau saya saya sambar Blackberry Torch... berangan je lah~



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.