Assalamualaikum...

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Kami adalah penjual Cloth Diapers dan menawarkan harga serendah RM18/Pcs.
Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut,
anda boleh lihat jenis-jenis Cloth Diapers yang kami jual di bahagian kanan blog ini.
Anda juga boleh hubungi 019-3535514 (Adah) atau 019-3474267 (Shah).
Pertanyaan juga boleh diajukan melalui SMS atau E-Mail :
nursyahadah.af@gmail.com

Beberapa produk lain juga akan muncul dari masa ke semasa.
Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan update dari blog kami.
Terima kasih.

Thursday, 25 August 2011

Ladang Cinta Naurah

Tulisan asal:
via Facebook by Siti Aishah Hanin on Monday, December 20, 2010 at 2:46pm

------------------------------

"Assalamualaikum Pak Man"
"Waalaikumsalam….."
Nani melambai kepada Pak Mat. Lelaki tua itu mengangguk dengan senyum manis. "Nani takde kuliah harini?"
"Tak..kan dah habis exam. Cutilah"
"Haa……ade la orang tolong Pak Man kat kebun harini"
"Hari-hari pun boleh" Nani senyum ceria. Langkah dihayun ke bangsal di hujung taman.
Cuti dah mula!

Nani. Si manis 21 yang baru menamatkan diploma. Anak yatim piatu yang menumpang hidup di Villa Saujana milik keluarga Dato’ Bahar. Arwah ibunya dulu menjadi pembantu rumah di situ selama sebelas tahun, sebelum meninggal dunia terkena kejutan elektrik empat tahun lepas. Dato’ Bahar dan isterinya yang pemurah terus mengambilnya sebagai anak angkat dan membiarkan dia tinggal di situ sebagai penjaga villa percutian keluarga mereka. Nani dibela seperti anak sendiri, disekolahkan dan diberi belanja. Walaupun demikian Nani hidup sederhana. Dia tahu mengingat asal-usulnya hanya menumpang di rumah itu. Apatah lagi anak-anak Dato’ Bahar yang tidak sukakannya, dia takkan lupa!

Nani menjenguk masuk ke dapur. Sayur-sayur diletak ke meja. Tudung kepala disangkut ke kerusi. Lauk asam pedas yang sudah mendidih ditutup apinya. Nani merasa sesudu. Mm…sedap!
"Nani, dah balik kebun?" Cik Zah tiba-tiba muncul menyapa. Nani senyum, menunding kobis, terung, tomato dan kacang panjang yang bertimbun di atas meja.
"Dah…tu untuk Cik Zah!"
"Wah….banyaknya sayur. Elok la orang pun ramai"
"Ramai?" Nani mencapai botol, air sejuk dituang ke cawan. "Pa ngan Ma balik ke Cik Zah?"
"Taklah. Dato’ dengan Datin balik hujung bulan ni. Tu Rubi dengan Berry datang bawak kawan-kawan bercuti"
"Ha?" Nani terkaku tak jadi minum. Terbayang wajah Kak Rubi dan Kak Berry yang cantik jelita, tapi sombong dan perengus. Apa dibuatnya ada saja yang tak kena. Suka mengarah-ngarahnya seperti orang gaji.

Tapi, aku memang anak orang gaji…… Nani ketap bibir. Kak Rubi dan Kak Berry dah lama tak balik. Tahun lepas, dengarnya sorang dah jadi pramugari, sorang dah jadi model. Lepas grad, masing-masing dah sibuk bina hidup sendiri. Pa dengan Ma balik berdua je tengok-tengok rumah dengan ladang strawberry.

Nani telan liur. Dah setahun tak jumpa, mintak-mintak diorang dah berubah. Mintak-mintak diorang tak cari pasal dengan aku lagi…

"Kalau U nak tengok ladang strawberry, I boleh bawak sekarang"
Kak Berry! Nani menjeling sekilas. Kak Berry dengan seorang pemuda tegap di koridor, meleso-leso macam kucing. Nani cepat-cepat memanjat tangga, takut Kak Berry perasan dia di situ.
"Nani!" Nani terperanjat. Suara Kak Rubi lantang memanggilnya dari atas. Dia terkaku di tengah tangga. Di bawah, Kak Berry dan lelaki di sebelahnya menoleh. Di atas, Kak Rubi muncul dengan mata bulatnya. Nani tergamam!

Nani menutup pintu bilik. Tubuh direbahkan ke lantai. Keletihan menggigit seluruh anggota. Baru balik kebun sudah disuruh melayan tetamu kehormat. Langsung tak sempat membersihkan tubuh. Sebelum tu dileter pula dek Kak Rubi kerana barangnya-barangnya ada di bilik tamu.
Alah, dah tak ada orang aku lepak la bilik tu. Kang berhantu bising pulak. Nak balik tak bagitau, kalau tak aku ambik la barang aku awal-awal…
Nani mengiringkan tubuh. Dia memang suka melepak di bilik tamu di tingkat atas. Pemandangannya cantik. Nampak terus ke ladang teh yang hijau berjalur-jalur. Tapi dia bukan selalu tidur di situ. Cuma naik bersolat dan mengaji. Ya, sepanjang tempoh exam yang lepas dia belajar di situ. Memang buku-bukunya penuh di situ. Jenuh diangkutnya tadi depan tetamu Kak Rubi yang nak duduk bilik tu. Pemuda tu, selamba je tengok tv macam tak nampak dia angkat berat terbongkok-bongkok. Takde secuit muka nak tolong ke apa.
Yang aku bengang dengan dia ni kenapa, tetamu memang la macam tu. Orang bandar pulak. Mana ada budi bahasa. Biasa la tu.

**************

"Good night guys"
"Good night…."
Anuar melambai sekilas kepada teman-temannya sambil menapak naik ke bilik. Tubuh direbahkan ke tilam empuk, menghela nafas dalam. Bahagia hati dapat kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun di perantauan. Tambah pulak dua sepupunya yang cantik, Berry dan Kak Lang Rubi bermurah hati mahu menaja party reunion dengan kawan-kawan rapat di villa mewah keluarga mereka. Kebetulan dua beradik itu juga sudah lama tak bersua muka selepas sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dua minggu mendatang dia akan berehat di sini dengan sepupu dan kawan-kawan mereka. Menenangkan fikiran di dunia terpencil Cameron Highland.
Mata dihinggap kantuk. Anuar meraba suis lampu tidur yang terjuntai di celah meja sisi. Tangannya tersentuh bucu keras sesuatu. Objek itu diraba dan ditarik naik. Rupanya sebuah buku. Tidak, sebuah diari yang berkulit tebal dan cantik. Anuar teringat gadis yang dimarah dek Alang Rubi tadi.
Diari budak tu kot……
Diari diletak ke meja sini. Lampu tidur dipadam.

********************

"Bai Cik Zah, pergi sekarang. Assalamualaikum"
Nani berjalan riang. Hari ini Pak Man minta dia menolong di batas jagung di bawah bukit. Selepas mengerjakan batas dia harap sempat melencong ke sungai kecil di bawah bukit tu. Boleh dia menangguk ikan sepat untuk makan tengahari dengan Cik Zah. Nani melompat ke atas basikal. Kaki mula mengayuh sambil kepala terbayang nasi goreng belacan Cik Zah yang sedap tadi.

"Tu orang gaji kitorang"
Tiba-tiba terlintas suara yang didengarnya malam tadi. Kak Berry sedang berbual dengan seseorang. Dia tak tahu siapa kerana dia berada di dapur. Hanya suara yang terdengar sayup.
"Mudanya" "Dulu mak dia yang kerja sini. Lepastu mak dia meninggal masa kerja, Pa kutip dia jadi anak angkat"
"Kira adik angkat kau la. Kenapa kau panggil dia orang gaji?"
"Buat apa? Aku tak anggap dia adik pun. Dah la takde bapak. Kot ade asal-usul nak la jugak aku ngaku adik angkat"
"Mana kau tau takde asal usul? Entah-entah ayah dia dah meninggal ke"
"Aku peduli apa. Aku tau aku menyampah tengok dia. Dah tak payah la cakap pasal budak tu"
Waktu itu dia rasa mahu istighfar dan menyumpah. Tak tahu mana satu. Yang pasti hatinya tersayat dengan kata-kata Kak Berry menghina latar belakangnya.
Alah, kau orang kaya boleh la kau cakap macam tu kat aku. Cuba kalau aku yang kaya, kau miskin, kau peduli apa aku ada bapak ke tak….kucing gatal!
Tiba-tiba basikal terlanggar batu. Nani hilang kawalan. Brek yang sedia haus membuatnya panik. Kaki ditahan ke tanah, tetapi jalan bukit yang curam terus membuatnya meluncur. Nani beristighfar dalam hati, dia tahu Tuhan mahu mendendanya kerana mengutuk Kak Berry tadi. Dia berdoa sepenuh hati moga tak terjun ke bawah bukit. Dalam kalut begitu muncul pula seorang manusia berjogging di tengah laluan.
"Tepi! Tepiiii!!"
Brranngggg!!
Nani melompat bangun. Basikalnya yang sedang menghimpap seseorang ditarik ke tepi.
"Minta maaf…..minta maaf…..awak tak apape ke?"
"Holy shit…." Orang itu bangun menepuk-nepuk seluar yang berpasir. Nani kalut menyerahkan MP4nya yang terjatuh. Pandangan mereka bertemu.
Alamak….orang semalam!
Nani telan liur.

*****************

Selepas pertemuan tak sengaja di lereng bukit itu, tiba-tiba mereka menjadi rapat. Anuar tidak tahu apa yang menarik dia berkawan dengan Nani, adik angkat Kak Lang Rubi tu. Orangnya lasak tapi sopan. Kecil tapi kuat dan rajin. Sangat berbeza dengan perempuan yang ditemuinya di barat atau di bandar. Bahkan berbeza dengan Kak Lang Rubi atau Berry sendiri. Nani, 'Budak Kutip' yang dicemuh-cemuh dek Berry itu menutup aurat dan taat beribadah. Berada di sisinya Anuar seperti tersedar diri dan asal-usulnya bangsa Melayu yang beragama Islam. Bukan mat saleh celup seperti kehidupan yang dilaluinya selama ini. Arak diminum seperti kopi. Perempuan-perempuan murah diratah seperti ikan goreng. Nani yang kelihatan naïf dan sederhana itu membuka matanya kepada erti hidup yang sebenar.
"Ni, alam yang luas menghijau, Allah tak jadikan suka-suka. Semuanya supaya manusia merenung dan berfikir tentang penciptanya, supaya manusia hidup dengan penuh tujuan dan makna" Anuar teringat kata-kata Nani waktu mereka berbual pada suatu pagi. "Barat sengaja mencipta Teori Evolusi supaya akal manusia tidak mahu berfikir dan mati. Sedangkan kalau kita perhati proses pertumbuhan pokok saja pun, akal yang sihat mesti tahu semua ni ada penciptanya. Ada sebab untuk apa ia dicipta. Mustahil terjadi sendiri. Macam rice cooker jugak, mustahil ia berevolusi dari baldi kan? Sebaliknya memang manusia cipta dia sebagai periuk untuk masak nasi"
Kadang-kadang Anuar tak faham apa yang dicakap dek Nani. Bukan kerana falsafahnya tinggi, tapi kerana dia tak pernah terfikir apa yang dicakapkannya tu. Teori evolusi. Habis sekolah menengah, habislah. Peduli apa dia. Tapi dari Nani baru dia tahu teori itu merosakkan akidah.
Ahh…..akidah pulak. Perempuan apa sebenarnya Nani ni?
"Nuar" Anuar menoleh. Kak Rubi duduk di sebelahnya meletak sepiring kek ke meja. "Kak Lang tengok kau kamceng je dengan budak tu?"
"Siapa? Nani?" "Yelah. Budak mana lagi ade kat rumah ni"
Anuar senyum kecil. "Takde kamcenglah. Biasa je."
"Yelah ngkau tu, Kak Lang tengok mata kau kalau pandang dia lain macam je. Kau jangan nak buat pasal dengan dia"
Anuar ketawa. "Ooo…sayang jugak Kak Lang dengan dia ek. Ingatkan tak sayang"
"Abis kau ingat Kak Lang ni takde hati perut ke?" Kak Rubi bersandar selesa. " Walaupun Kak Lang menyampah tengok dia tapi Kak Lang ingat arwah mak dia tu baik dengan keluarga ni. Ha kau cari penyakit nanti kena bedal dengan uncle Kak Lang tak tau"
Anuar ketawa semakin galak. "Takde la Kak Lang. Nuar cuma suka tengok dia je. Maniiis…..sangat"
"Lepas tu kau nak buat bini? Daripada dia baik Kak Lang rekomen kawan-kawan Kak Lang. Baru sepadan dengan kau"
"Isy…..jauh sangat bini tu Kak Lang. Tapi Nani tu memang special"

***************

Larut malam. Cengkerik dan unggas kedengaran sayup membuat band di laman. Nani masih belum tidur. Hati melonjak gembira dengan berita gembira yang diterimanya siang tadi. Di depannya berselerak surat tawaran melanjutkan pengajian. Alhamdulillah, semua permohonan yang dihantar dulu berjawab, tetapi dia pula yang pening membuat pilihan.
Yang sana perubatan. Yang ni sains tulen. Yang tu kaji hayat. Semua yang aku minat, semua dapat. Alamak mana satu ni?
Nani bersandar di sofa, berangan-angan rupanya dengan gaya seorang mahasiswa. Dia bersyukur, keputusan peperiksaan yang baik membuka luas laluan untuknya membina masa depan. Dia menyimpan cita-cita untuk hidup bebas berdikari seperti orang lain. Dia mahu melepaskan diri dari tanggungan Dato’ Bahar. Dia mahu berjaya mengalahkan Kak Rubi dan Kak Berry. Lebih besar dari itu, dia mahu jadi contoh seorang muslimah yang boleh berjaya dengan mengikut landasan agama!
Jenuh berfikir, surat dibiarkan berselerak di meja. Nani mencapai remote control dan menghidupkan tv.
Huh……dah tengah malam macam ni barulah merasa nak lepak-lepak tengok tv. Nasib baik diorang semua pun masuk tidur awal. Seharian berendam kat Lata Iskandar mesti semua dah tidur mati….
Tiba-tiba Nani teringatkan Anuar. Dia rasa bersalah kerana membohongi pemuda itu. Semalam Anuar mengajaknya turut serta ke Lata Iskandar. Setelah mati akal nak mencipta alasan, dia akur dan berjanji akan datang membawa makanan tengahari mereka. Tapi tengahari itu hanya Pak Man yang pergi menghantar nasi. Dia tinggal di rumah bersama Cik Zah. Mana mungkin dia menyertai mereka. Berdosa bergaul bebas begitu, dengan aurat terbuka pula. Tambah lagi dia tidak sanggup menelan jelingan tajam Kak Ruby dan cemuhan Kak Berry. Dia tahu dirinya. Bersama mereka, para tetamu kehormat itu, hanya akan membuat dirinya terhina.
Dan dia tahu, persahabatannya dengan Anuar juga sudah mula dijeling Kak Ruby. Pesan Kak Ruby, jangan cuba menggatal dengan adik sepupunya. Eh, aku tak hingin la tahi arak jadi suami aku!

Astaghfirullahal 'azim…..kenapa aku fikir macam ni. Anuar takde kena-mengena. Walaupun dia suka kutuk nama aku macam kampung tapi dia baik. Dia tak sombong. Mana boleh aku kutuk dia sebab marahkan Kak Ruby. Mana tahu nanti dia berubah, astaghfirullahal'aziim….

************

"Morning, Sweety"
Nani terperanjat tiba-tiba ada suara berbisik di telinganya. Dia berpaling, melihat Anuar tersenyum kacak di belakang. "Hei, takde kerja. Tertelan air sungai ea?"
"Tak la. Makan hati ade orang tipu"
Nani buat tak tahu. Selamba meneruskan kerja. Anuar mencuri sepotong timun dan dilahap ke mulut. "Kenapa tak datang semalam? Saya tak mandi tunggu awak datang"
"Iyalah. Sampai-sampai rumah terus membuta, tak mandi apanya"
"Ha penat tunggu la tu. Bukan penat mandi"
Eleh…..blah la. Nani mahu tersenyum. Tapi mengingatkan ugutan Kak Ruby dia jadi tawar hati dengan Anuar.
"Diam je. Tak ceria pun My Sweety ni" Anuar berdiri rapat. Nani menjarakkan diri. " Siapa Sweety awak".
"Ok, ok…." Anuar unggit bahu. "Nani, party malam ni join la. Jadi partner saya k. Please…"
"Saya busy la Nuar. Saya kan orang dapur. Kang korang semua tak makan".
" Kak Lang dah tempah catering la. Don’t worry. Malam ni khas untuk celebrate saya balik. Saya nak awak join sekali. Tau? Jangan tipu lagi. Berdosa…"
Wah, dah pandai cakap berdosa nampak….. Nani biarkan Anuar pergi tanpa sebarang balasan. Cik Zah yang mendengar dari tadi memandangnya.
"Nani" "Ye Cik Zah?" Nani menoleh. Cik Zah memandangnya dengan muka seribu rasa. Sukar ditafsir. "Kenapa?"
"Nani dengan Anuar ada apape ke? Lain je Cik Zah tengok?"
Entah la Cik Zah. Nani tak tahu. Nani suka dia, dia baik. Dalam ramai-ramai, dia yang boleh terima Nani. Tapi life dia xbaik. Life Nani sendiri tak sesuai untuk Nani suka dengan dia. Entah la, Nani dah mula konfius….
"Nani, diam tu suka ke?" Nani tersedar. "Tak la Cik Zah. Kami kawan je. Nani bukan taste dia. Takkan orang macam dia nak dengan Nani, Cik Zah. Nani pun tak nak orang macam tu"
"Ha elok la kalau Nani sedar. Cik Zah risau budak muda zaman sekarang ni mudah sangat jatuh cinta, tak fikir asal-usul latar belakang. Kang bila dah terlajak baru sedar tak sekufu. Lepas tu mulalah nak belakangkan mak ayah yang membela dari kecik"
Baik, Nani ingat Cik Zah… Nani hanya menumpang hidup dalam keluarga ni…

*************

Jamuan malam. Daging dan makanan laut bersusun di atas meja. Minuman tersedia pelbagai rasa. Kek dan manisan tak kalah hebatnya. Di satu sudut, dua orang chef segak menyediakan BBQ. Nani berdiri tegak memandang hidangan dengan lidah kecur.
Aduhai sedapnya…..
“Nani” Anuar tiba-tiba muncul di belakang menghulur sepiring lobster. Nani seperti mahu terbuntang.
Ya tuhan, ulat apa tu?!
“Takpe ke awak ajak saya ni?” Nani memandang Anuar di sebelah sambil tangan buat-buat mencubit daging di tengah-tengah mereka.
“Kenapanya? Siapa nak marah?” “Kak Rubi?”
“Hei ni party saya la. Saya watak utama. Berani diorang marah saya” Anuar ketawa kecil. “Eh, saya dengar awak dapat tawaran ke U. Cemana?”
“Em…saya tengah fikir lagi. Sebab semua dapat, saya pulak tak tau nak pilih mana”
“Waa….tahniah. Awak ni memang excellent la” Anuar senyum lebar. Nani sengih balik. Malu tapi suka.
“Terima kasih” “Eh, kenapa kau ada kat sini?” suara Kak Berry memanah gegendang telinga. Nani tersentak.
“Aku ajak dia. Rileks la. Makanan kan banyak” Anuar membalas spontan. Dia tahu sepupunya itu akan naik angin. Mata Berry dilihatnya buntang sudah mahu terkeluar merenung Nani. “Berry, rileks la. She is my guess”
Nani kecut perut. Wajah dipaling ke lain. Takut dia mahu mendengar kata-kata yang akan dihamburkan seterusnya.
“Oo…I see” tiba-tiba Kak Berry senyum senget. Nani terhairan. “Eloklah. Budak kutip memang nasib dia macam ni”
“Berry, kau ni agak-agak la” suara Anuar berubah lain. Kak Berry ketawa sinis, menggeleng kepala.
“Kau ni memang membazir la Nuar. Aku jemput Tyra khusus untuk kau malam ni tapi ikan kurus ni jugak yang kau nak. Sukatilah. Bedal la dia puas-puas. Nanti dah pregnant senang aku nak suruh Papa buang”
Ikan kurus? Pregnant? Nani tersentak. Dia terus memandang Anuar. Anuar tergagap mati kutu sebelum bingkas mengejar Kak Berry.
Apa dia cakap? Ikan? Bedal puas-puas? Kak Berry…..dia ingat aku ni apa?

Gila!
Anuar membaling handphone ke bantal. Tilam dihenyak kasar. Buku lima terasa gatal mahu menumbuk cermin sliding door.
Apa bangang sangat si Berry malam ni? Dia ingat aku buaya darat ke? Pantang jumpa perempuan semua nak baham? Kalau kemaruk sangat dah lama aku baham dia dulu!
Anuar bangun membuka sliding door. Angin malam dibiar masuk menampar dada.
Aduh…aku tahu la kau benci sangat dengan budak tu. Tapi tak payah la hina dia sampai macam tu. Kau ni memang takde hati perut la Berry… aduh…rosak betulla….
Anuar duduk semula. Tiba-tiba matanya terpandang ke buku kecil di meja sisi. Baru teringat diari Nani yang sudah dua minggu bersamanya. Spontan tangan membuka muka surat yang diselit penanda. Catatan terakhir beberapa minggu lepas.

Exam, exam. Nasib baik la kejap je exam. Kalau tak, meletup kepala aku. Akhir-akhir ni asyik teringat mak, asyik mimpi mak. Yalah, sejak sibuk dengan exam ni aku dah kurang berdoa dan mengaji untuk mak. Mintak maaf mak.
Universiti. Aku berdoa hari tu segera sampai. Tak sabar nak tinggalkan tempat ni. Nak jauh dari keluarga ni dan bina hidup sendiri. Aku tak tahan terperangkap dalam keadaan macam ni. Terpaksa makan duit diorang then terpaksa jugak telan caci maki. Nasib baik la semangat aku ni kuat macam mak. Kalau tak dah lama aku cabut lari.
Nani, walaupun kau hidup terbuang tapi kau tetap manusia. Kau lahir untuk makmurkan dunia. Nani, kau kena hidup berjaya dan berjasa. Waktu tu nanti kau tengoklah siapa yang datang cari kau. Kau tengoklah siapa yang datang ziarah kubur mak!
Ya Allah, dulu ada mak yang doakan aku. Sekarang aku hanya ada Kau. Tuhanku, kau telah takdirkan hidupku begini. Tolong aku laluinya dengan sabar. Jangan tinggalkan aku Ya Allah.. Jangan biarkan aku walaupun hanya sekelip mata….ameen…

Anuar menutup buku. Termenung.

***************

“Nani, saya minta maaf”. Nani buat pekak. Anuar terpacak di belakangnya dengan muka serba salah. Nani selamba menyusun botol-botol baja dan racun rumput yang baru sampai seolah-olah dia bersendirian di situ.
“Nani, apa yang Berry cakap tu tak betul. Saya tak pernah fikir buruk kat awak. Saya hormat awak, Nani”
Nani pejam sejenak. Air mata mahu tumpah lagi lepas semalaman dia menangis.
“Anuar, pergi sana boleh tak. Tak payah pedulikan saya”
“Nani, of course I care about you. I love you” akhirnya terkeluar kalimah nekad itu. Anuar merenung Nani yang membelakanginya. Nani terpaku.
Ni yang aku tak nak dengar ni…
“Anuar, awak nak letakkan cinta tak fikir dulu ke? Awak bukan tak tau saya ni siapa”
“Saya tak peduli siapa awak. Yang penting awak perempuan baik”
“Anuar, saya kawan dengan awak bukan ni yang saya nak”
“Saya pun tak nak. Tapi awak nak kata apa kalau Tuhan yang letak hati saya kat awak? Awak jugak yang ajar saya, Tuhan tu memegang hati-hati manusia”
“Nani,” Nani menoleh ke pintu bangsal. Pak Man tersenyum melihat dia dan Anuar. Anuar langsung tak menoleh.“Nani, nanti tolong bancuhkan racun kat Pak Man ye”
“Okey” Nani senyum buat-buat. Tangan kembali bekerja. “Anuar, saya sibuk ni”
“Saya takkan pergi” “Isy…awak nak apa?”
“Maafkan saya” “Kalau awak minta maaf maknanya memang betul la apa yang Kak Berry cakap”
“Saya minta maaf sebab sayalah dia cakap awak macam tu”
“Tak payah la…selama ni pun memang dah kena”
Siap menyusun. Nani memilih racun rumput yang diminta Pak Man.
“Nani, saya cintakan awak”
“Saya tak nak dengar!” Anuar terkejut. Nani berpusing menghadapnya. “Awak tak sedar diri ke Anuar, awak tu orang kaya. Awak nak budak kutip macam saya ni? Kalau sekarang pun saya dah tak sanggup, awak ingat saya nak hadap seumur hidup pulak dengan awak?!”
Anuar tergamam. Dia hanya memandang Nani beredar dengan botol-botol racun ke tengah bangsal. Dia telan terkilannya dijerkah dek Nani. Dia tahu gadis itu sedang tertekan.
“Okey, saya terima. Tapi saya nak awak tau, awak istimewa di hati saya. Saya akan tunggu awak”
Nani membatu. Airmata berjurai di pipi. Nuar, kalau kau orang biasa aku tak teragak-agak nak terima kau. Tapi aku hanya akan merendahkan kau di mata keluarga kau. Minta maaf Nuar. Kau pergilah fikir masak-masak…
“Nani, racun dah siap ke?” Pak Man menjenguk lagi. Nani tersedar.
“Em..belum Pak Man. Jap, on the way”. Racun dibancuh lekas-lekas. Anuar melihat Nani tiada respon, dia berpaling. Langkah diatur perlahan keluar bangsal. Diam-diam Nani menoleh. Pergilah. Berambus.
Tiba-tiba hidung ditusuk bau busuk. Nani melihat semula racun yang dibancuhnya. Wasap nipis mengapung naik. Nani terbatuk. Rasa tercekik.
Ah, sudah….aku salah bancuh. Pak Man tolong!
Dunia kelam.

***************

Kak Ruby bersandar di sofa. Kak Berry merengus gelisah. Nani terhidu racun. Tak pasal-pasal Pa dengan Ma suruh diorang tinggal di situ sampai mereka datang. Anuar duduk tenang melayan filem sambil sekali-sekala menjeling gelagat dua beradik tu.
Haritu dia patah balik ke bangsal. Tiba-tiba teringat nak pulangkan diari Nani yang dia bawa. Masuk-masuk ke bangsal dia lihat Nani terbaring dengan tong racun berasap-asap di tepinya. Dia langsung mendukung Nani keluar dan bawa ke hospital. Mujur keracunan tak terlalu serius. Nani selamat walupun dia tak sedar diri sehari suntuk. Lihat Kak Lang Ruby dan Berry yang tak keruan begitu, dia tawarkan diri mahu meneman. Biar dia yang jawab dengan Uncle nanti. Bukan dia tak kenal Uncle Bahar yang garang tu kalau dah marah macam mana.
Nani masih lemah. Makan minum tak boleh. Hanya diberi vitamin melalui drip. Tekaknya cedera kerana racun yang dihidu. Dia langsung tak mahu bertemu Anuar. Salam yang dikirim dari Cik Zah pun tak berjawab. Anuar gigit sabarnya kuat-kuat. Dia tahu bukan ini masanya nak kecil hati. Bukan Nani orangnya dia nak terasa. Dia akan tunggu gadis itu sembuh. Dia akan pulangkan sendiri diari yang disimpannya.
Kak Lang Ruby dan Berry, asyik bertekak pasal Nani. Anuar tak sabar tunggu Uncle Bahar datang.

Petang itu, Dato’ Bahar dan Datin Faiqa datang dengan seorang peguam. Selepas menjenguk Nani, mereka berkumpul sekeluarga di ruang tamu. Nani paksakan diri bangun menyertai mereka walaupun tubuh lesu dan muka pucat lesi.
“Tengku Naurah Anisah???” Kak Berry terjerit. Kak Rubi buntang. Anuar terperanjat. Ketiga-tiganya memandang Nani. Nani selamba.
“Ya Tuan?” “Lusa genap awak berusia 21. Betul?”
“Ya”. “Lusa, secara rasmi awak akan jadi pemilik Saujana Farm. Villa ni juga akan jadi milik awak. Ini adalah harta warisan yang ditinggalkan oleh arwah ayah untuk awak”.
Kali ini Nani pula ternganga. “Apa ni, saya tak faham. Arwah mak tak pernah cakap apape pun pasal ni”.
Malam itu terbongkar segalanya. Tuan Zainuddin, peguam peribadi Tengku Hamzah membuka cerita. Tengku Hamzah berkahwin dengan Sufiah tanpa restu keluarga. Selepas Tengku Hamzah meninggal dalam kemalangan, Sufiah dengan bayinya dihalau dek keluarga mertua. Segala harta Tengku Hamzah diambil kecuali Saujana Farm yang dibeli tanpa pengetahuan mereka. Dato’ Bahar, sahabat baik Tengku Hamzah yang juga pemilik asal Saujana Farm terus diamanahkan menjaga harta itu untuk diwariskan kepada satu-satunya anak Tengku Hamzah dan Sufiah – Tengku Naurah Anisah!
Arwah Sufiah pula sengaja menyembunyikan perkara tersebut kerana keluarga Tengku Hamzah sentiasa memerhatikannya. Dia tidak mahu mereka mengetahui tentang Saujana Farm dan merampasnya. Dia sanggup menjadi amah di Villa Saujana supaya hidup anaknya terjaga, dapat menumpang kasih dengan keluarga besar Dato’ Bahar dan pekerja-pekerja Saujana Farm. Atas cadangan Tuan Zainuddin, dia, Dato’ Bahar dan Datin Faiqa sepakat hanya akan membuka rahsia itu pada ulang tahun Nani yang ke 21. Namun takdir menentukan Sufiah pergi dulu. Tinggal anak tunggalnya Nani hidup memendam rasa.
“Lusa kita akan isytiharkan di sini. Saya akan jemput wakil keluarga Tengku Hamzah dan beberapa pihak berkenaan. Tengku jaga kesihatan baik-baik”.

****************

Bagaikan mimpi. Tiba-tiba ladang ini sudah jadi miliknya. Dari puncak bukit sampai hujung batas jagung tempat dia menangguk ikan sepat, sudah jadi miliknya. Villa Saujana ini juga miliknya! Tidak, selama ini memang miliknya, dia yang baru dapat tahu.
Nani menolak pintu bilik tamu. Bilik itu sudah kosong. Anuar sudah balik ke Kuala Lumpur. Lepas pengisytiharan harta malam tadi, semua orang sudah balik. Pa dan Ma tinggal pesan berkoni-koni. Kak Rubi dan Kak Berry pergi tak menoleh lagi. Villa itu tinggal kosong seperti sediakala. Tinggal dia bertiga dengan Cik Zah dan Pak Man. Nani menapak masuk perlahan-lahan. Bau haruman maskulin membelai deria. Nani pejam mata. Tiba-tiba di hatinya menyelit rasa halus. Dia rindukan bau ini.
Terbayang wajah Anuar yang selalu senyum padanya. Muka itu selalu muncul awal pagi menunggunya di laman belakang. Selalu menyambutnya pulang bersama Pak Man lewat saban petang. Nani mengumam pilu. Dia kesal mengakhiri persahabatan mereka dengan pertengkaran. Anuar dibiar pergi dengan huluran yang tak bersambut.
Tilam diduduk perlahan. Nani meraba cadar halus. Dulu dia menjaga bilik ini sebagai orang luar. Hari ini dia akan tidur di sini sebagai tuan. Sedang meraba-raba, tangannya tersentuh benda keras di bawah bantal. Nani kaget.
Oi, ni diari aku. Ha’ah la aku tak perasan pun buku ni dah lama takde…selama ni ada kat bilik ni ke? Mesti dia bukak…
Nani menarik penanda buku. Muka suratnya sudah berubah. Ada catitan asing di situ. Nani membaca cemas.

My Sweety,
Thanks for everything.
Awak bawa saya kembali kepada Tuhan. Saya harap sangat awak dapat terus bimbing saya. Tapi kalau darjat yang awak kisahkan, saya hormati. Cuma saya akan tetap pegang kata-kata awak, Tuhan pandang hati kita.
Saya doakan segala impian awak tercapai. Don’t give up. Keep trying. I’m waiting for you.
Oh ya, sorry ceroboh diari awak. Lain kali gantung kat leher….K

Nani ketawa. Haram punya Nuar. Dah la menceroboh, kutuk aku pulak…Eh, ada lagi. Nani baca coretan terakhir.

Then..thanks for a kiss… ;)

KISS?!

***************

“Laa….biasa la CPR. Semua orang hembus kat mulut. Mana ada orang tiup kat mata”
“Tau la. Yang abang tulis ‘kiss’ tu kenapa? Nampak sangat gatal”
Tengku Naurah Anisah menjeling suaminya, Faizul Anwar di sebelah. Anuar ketawa nakal. Dia merapati si isteri, perlahan-lahan merangkul pinggangnya erat.
“Naura, terima kasih”
“Terima kasih kenapa?” Nani, yang dipanggil Naura membalas dakapan sang suami. Anuar merapatkan pipi ke telinga isterinya.
“Terima kasih, sudi terima abang yang hina ni. Abang malu dengan isteri abang yang solehah ni”
“Apa pulak…abang yang kutip Naura dulu”. Anuar senyum. “Tak kisah la…yang penting Allah pandang hati kita..kan? Dia pilih hati-hati yang mahu berubah untuk diberikan hidayah. Abang bersyukur sebab terpilih nak dapat hidayah, walaupun hidayah untuk abang terselit kat celah bangsal Pak Man”
“Abang!” jari yang tadi merayap manja bertukar cubitan bisa. Anuar ketawa mengaduh, seronok mengusik isterinya. Nani buat muka panjang. Namun dalam hati bahagia tak terkata.

Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah, alhamdulillah……
Saujana Farm & Ville menjadi saksi kiambang cinta bertaut satu.






Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

No comments:

Post a Comment