Assalamualaikum...

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Kami adalah penjual Cloth Diapers dan menawarkan harga serendah RM18/Pcs.
Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut,
anda boleh lihat jenis-jenis Cloth Diapers yang kami jual di bahagian kanan blog ini.
Anda juga boleh hubungi 019-3535514 (Adah) atau 019-3474267 (Shah).
Pertanyaan juga boleh diajukan melalui SMS atau E-Mail :
nursyahadah.af@gmail.com

Beberapa produk lain juga akan muncul dari masa ke semasa.
Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan update dari blog kami.
Terima kasih.

Thursday, 11 August 2011

'Kad Kahwin Artis Beragama ISLAM...' - Cantik??!!

masih lagi sedang dalam mood blogwalking, terhenti pada entri "Cun Doo Kad Kahwin Norman Dan Memey" karangan abang Nara... sekilas saya membaca dan meneliti tulisan abang Nara, mengucap panjang dibuatnya.... saya kurang pasti kalau tulisan abang nara ini berbentuk sindiran kepada bakal mempelai, tapi saya tidak dapat menjiwai SINDIRAN itu jika itu-lah yang dimaksudkan oleh abang nara...

Kad jemputan kahwin kebanggaan abang nara
Memetik tulisan abang nara yang berbunyi:


"Cantik kan? Abang Nara suka sangat kad kahwin diorang nie. Lain daripada yang lain. Jarang nampak bakal pengantin guna gambar posing manja untuk dijadikan kad kahwin."

Saya tak faham macammana abang nara boleh menilai kad undangan kahwin ini dari sudut yang positif... saya bukan nak mencari negatifnya, tapi dah jelas terang yang kedua mempelai tersebut belum pun sah menjadi suami isteri lagi, terlalu bangga dengan gambar dan posing yang kononnya ala-ala manja seperti itu, dan sudah pastinya akan diedarkan kepada para jemputan... CANTIK dari segi mana yang abang nara maksudkan sangat-sangatlah saya kurang pasti... mungkin cantik dari sudut melanggar batas-batas seseorang individu yang mengaku bahawa dirinya beragama ISLAM...

Dan sambungan kata-katanya lagi...

"Sungguh berbeza. Mana tahu selepas ini makin ramai yang mencontohi kad kahwin Norman dan Memey kerana keunikannya."

Dan tulisan akhir abang nara dalam entri ini menunjukkan bahawa abang nara sebenarnya sangat setuju dengan hal-hal mungkar seperti ini, dan menggalakkan lebih ramai orang lain lagi akan mencontohi perbuatan seperti ini... yap, berpeluk-pelukan pada zaman sekarang memang dah tak salah... kalau boleh nak tayang seluruh pelusuk dunia... tiada yang menegur, semakin menggalakkan lagi ada la... Ya Allah, dunia sudah di penghujungnya...

*** MALU DENGAN ALLAH***



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

6 comments:

deqlis said...

yeke?? tak tgk pun lagi kad tu,,,,,tp mmg tak patut pun belum kahwin dah bergambo berkepit2x manja...belum kahwin kan? patut tak leh laa puji lebey2x....sah2 haram buat mcm tu.

Adah Syada said...

deqlis : boleh klik pada link "Cun Doo Kad Kahwin Norman Dan Memey" dalam entri di atas untuk melihat kad tersebut... itulah masyarakat sekarang... yang halal, diharamkan... yang terang2 dah haram, dihalalkan... semoga allah memelihara diri kita dari gonaan nafsu syaitan...

a'udzubillahi minasy-syaithaanir-rajiim...

lia said...

;p

biler manusia da lagha dgn kebebasan yg ada, sampai lupa padaNYA...

ch@ said...

rasanya abang nara tu mcm menyindir. ke mmg dorang dah nikah ambil gambar mcm ni? hrmmm muskel.

Adah Syada said...

saya tak pasti lah kalau abang nara tu menyindir... tapi cha@, 1 hal yang sangat saya pasti, diorang belum nikah pun lagi... wedding diorang kan bulan 11 ni... tak de berita lagi setakat ni yang diorang dah nikah...

Latika.Dot.Dot. said...

pendapat ika, abang nara ni macam sindir lembut gitu.

sebab blog dia kan macam menunjukkan true colour artis2 malaysia. dan tak silap, byk jugak artis yg bc blog dia.

dia nak sound direct mcm susah. sebab takut kene bantai balek.

ye tak ye, dia sindir macamni. pastu dia punya sindir kite pon konfius.. huhu

Post a Comment