Assalamualaikum...

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Kami adalah penjual Cloth Diapers dan menawarkan harga serendah RM18/Pcs.
Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut,
anda boleh lihat jenis-jenis Cloth Diapers yang kami jual di bahagian kanan blog ini.
Anda juga boleh hubungi 019-3535514 (Adah) atau 019-3474267 (Shah).
Pertanyaan juga boleh diajukan melalui SMS atau E-Mail :
nursyahadah.af@gmail.com

Beberapa produk lain juga akan muncul dari masa ke semasa.
Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan update dari blog kami.
Terima kasih.

Friday, 29 July 2011

Jika Kita Tidak Sempurna...

Assalamualaikum...

Terkesan dengan peristiwa yang saya lihat malam tadi, tatkala saya menghadiri perjumpaan dengan sahabat-sahabat, saya terpandang susuk tubuh seorang pemuda yang melindungi dirinya daripada pandangan sahabat-sahabat lain... pertama kali saya menyedari kebersamaannya dalam kelompok ini, saya terfikir betapa hebatnya dia! dengan sebelah tangan yang saya lihat tiada jejarinya, dia cuba memberi komitmen dengan kehadirannya... macammana dia drive? naik motorsikal atau naik kereta? sekilas saya gerakkan jejari saya, saya renung satu persatu, bertuahnya saya ada jari, sempurna... saya membayangkan sekiranya saya mempunyai nasib yang serupa dengannya... Ya Allah, terima kasih kerana memberiku nikmat ini...

Sedang saya berkhayal sambil memerhatikan gelagat dia, saya tersentak tatkala melihat dia mengambil beberapa biji kacang tanah, terkial-kial dia berusaha mengupas kulit kacang itu menggunakan kedua-dua belah tangannya walaupun hanya satu tangan je yang mempunyai jari yang sempurna... teringin sekali saya membantu dia... terdetik dalam hati, apa kebaikan yang saya telah manfaatkan dengan pemberian Allah yang sempurna kepada diri saya ini? teringin sekali saya menghulurkan tangan supaya tangan saya menjadi miliknya... ambillah! asalkan dia sempurna, tidak merasa rendah diri sehingga duduk di belakang orang lain... hampir menitis air mata melihat keadaan seperti itu... seraya saya terfikir, apa kebaikan yang telah saya sumbangkan melalui tangan yang saya miliki? jika saya tiada jejari seperti dia, adakah saya akan jadi setabah dia? macammana saya nak makan tanpa jari...? macammana saya nak menggenggam sesuatu barang tanpa jari? macammana saya nak membelai anak tanpa jari?... dan macam2 lagi kita akan kekurangan bila tiadanya jari...

Kepada sahabat-sahabat yang membaca, saya bukanlah seorang manusia yang pandai menulis cerita, tapi saya ingin menyampaikan pelajaran dari pengalaman pandangan mata saya... kebanyakan sahabat2 saya semuanya berkeadaan sempurna, sempurna sifat tubuh badan, jadi saya berharap, hargailah dengan sebaik-baiknya pemberian Allah kepada kita, gunakan dan manfaatkan ke arah kebaikan... jangan nanti bilamana Allah dah tarik nikmat tu, baru kita termenung dan menyesal...



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

No comments:

Post a Comment