Assalamualaikum...

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Kami adalah penjual Cloth Diapers dan menawarkan harga serendah RM18/Pcs.
Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut,
anda boleh lihat jenis-jenis Cloth Diapers yang kami jual di bahagian kanan blog ini.
Anda juga boleh hubungi 019-3535514 (Adah) atau 019-3474267 (Shah).
Pertanyaan juga boleh diajukan melalui SMS atau E-Mail :
nursyahadah.af@gmail.com

Beberapa produk lain juga akan muncul dari masa ke semasa.
Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan update dari blog kami.
Terima kasih.

Friday, 29 July 2011

Jika Kita Tidak Sempurna...

Assalamualaikum...

Terkesan dengan peristiwa yang saya lihat malam tadi, tatkala saya menghadiri perjumpaan dengan sahabat-sahabat, saya terpandang susuk tubuh seorang pemuda yang melindungi dirinya daripada pandangan sahabat-sahabat lain... pertama kali saya menyedari kebersamaannya dalam kelompok ini, saya terfikir betapa hebatnya dia! dengan sebelah tangan yang saya lihat tiada jejarinya, dia cuba memberi komitmen dengan kehadirannya... macammana dia drive? naik motorsikal atau naik kereta? sekilas saya gerakkan jejari saya, saya renung satu persatu, bertuahnya saya ada jari, sempurna... saya membayangkan sekiranya saya mempunyai nasib yang serupa dengannya... Ya Allah, terima kasih kerana memberiku nikmat ini...

Sedang saya berkhayal sambil memerhatikan gelagat dia, saya tersentak tatkala melihat dia mengambil beberapa biji kacang tanah, terkial-kial dia berusaha mengupas kulit kacang itu menggunakan kedua-dua belah tangannya walaupun hanya satu tangan je yang mempunyai jari yang sempurna... teringin sekali saya membantu dia... terdetik dalam hati, apa kebaikan yang saya telah manfaatkan dengan pemberian Allah yang sempurna kepada diri saya ini? teringin sekali saya menghulurkan tangan supaya tangan saya menjadi miliknya... ambillah! asalkan dia sempurna, tidak merasa rendah diri sehingga duduk di belakang orang lain... hampir menitis air mata melihat keadaan seperti itu... seraya saya terfikir, apa kebaikan yang telah saya sumbangkan melalui tangan yang saya miliki? jika saya tiada jejari seperti dia, adakah saya akan jadi setabah dia? macammana saya nak makan tanpa jari...? macammana saya nak menggenggam sesuatu barang tanpa jari? macammana saya nak membelai anak tanpa jari?... dan macam2 lagi kita akan kekurangan bila tiadanya jari...

Kepada sahabat-sahabat yang membaca, saya bukanlah seorang manusia yang pandai menulis cerita, tapi saya ingin menyampaikan pelajaran dari pengalaman pandangan mata saya... kebanyakan sahabat2 saya semuanya berkeadaan sempurna, sempurna sifat tubuh badan, jadi saya berharap, hargailah dengan sebaik-baiknya pemberian Allah kepada kita, gunakan dan manfaatkan ke arah kebaikan... jangan nanti bilamana Allah dah tarik nikmat tu, baru kita termenung dan menyesal...



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Wednesday, 27 July 2011

Complete Heart Block : Risiko Ummi

Complete Heart Block : tu la penyakit yang kekal dalam diri saya sekarang ni... penyakit ini dikesan menjelang Syawal 2008... masa tu saya masih belajar di Riau lagi... Alkisahnya ketika saya berjalan2 tak kisah la di mana pun, saya kerap pitam dan muntah, dan saya tak dapat memenuhi tuntutan Ramadhan... Ketikamana saya pulang ke Malaysia untuk bercuti Aidilfitri, saya dimasukkan ke Coronary Care Unit (CCU), iaitu unit rawatan rapi untuk pesakit jantung di Hospital Putrajaya... Panjang sangat la ceritanya kalau saya nak cerita... di bawah ni saya lampirkan penjelasan tentang Complete Heart Block, tapi dalam Bahasa Inggeris la... tak rajin la pulak saya nak terjemahkan, karang tunggang terbalik jadinya... yang saya tau, sampai sekarang pihak hospital suruh saya pasang Pacemaker, tapi saya kerap melarikan diri, heheheee~ bila degupan jantung saya lemah, saya sangat berisiko apalagi ketika bersalin... cume baru2 ni saya suarakan pada husband tentang niat saya nak pasang Pacemaker, tiba2 saya tergerak hati nakkan alat tu... husband terkejut... tapi nanti kami fikirkan balik... Sedikit gambar saya ketika di Hospital Putrajaya...

 Time ni kat CCU, tak pose, hehehee~

setelah dipindahkan ke wad biasa (as request)

Types of Heart Block
Some people are born with heart block (congenital), while others develop it during their lifetimes (acquired). Acquired heart block is more common than congenital heart block.
The three types of heart block are first degree, second degree, and third degree. First degree is the least severe, and third degree is the most severe. This is true for both congenital and acquired heart block.

First-Degree Heart Block

In first-degree heart block, the heart's electrical signals are slowed as they move from the atria to the ventricles (the heart's upper and lower chambers, respectively). This results in a longer, flatter line between the P and the R waves on the EKG (electrocardiogram).
First-degree heart block rarely causes any symptoms, and it usually doesn't require treatment.

Second-Degree Heart Block

In this type of heart block, electrical signals between the atria and ventricles are slowed to a large degree. Some signals don't reach the ventricles. On an EKG, the pattern of QRS waves doesn't follow each P wave as it normally would.
If an electrical signal is blocked before it reaches the ventricles, they won't contract and pump blood to the lungs and the rest of the body.
Second-degree heart block is divided into two types: Mobitz type I and Mobitz type II.

Mobitz Type I

In this type (also known as Wenckebach's block), the electrical signals are delayed more and more with each heartbeat, until the heart skips a beat. On the EKG, the delay is shown as a line (called the PR interval) between the P and QRS waves. The line gets longer and longer until the QRS waves don't follow the next P wave.
Sometimes people who have Mobitz type I feel dizzy or have other symptoms. This type of second-degree heart block is less serious than Mobitz type II.
The animation below shows how your heart's electrical system works. It also shows what happens during second-degree Mobitz type I heart block. Click the "start" button to play the animation. Written and spoken explanations are provided with each frame. Use the buttons in the lower right corner to pause, restart, or replay the animation, or use the scroll bar below the buttons to move through the frames.
The first part of this animation is the same as the animation in the section on understanding the heart's electrical system and EKG results. If you want to skip directly to the frames on Mobitz type I heart block, click the "skip intro" link above the start, pause, and replay buttons.

The first part of the animation shows how an electrical signal moves through your heart and how an EKG records your heart's electrical activity. The second part of the animation shows how a pause in the heart's electrical signal can delay or block the contraction of the ventricles.

Mobitz Type II

In second-degree Mobitz type II heart block, some of the electrical signals don't reach the ventricles. However, the pattern is less regular than it is in Mobitz type I. Some signals move between the atria and ventricles normally, while others are blocked. On an EKG, the QRS wave follows the P wave at a normal speed. Sometimes, though, the QRS wave is missing (when a signal is blocked). Mobitz type II is less common than type I, but it's usually more severe. Some people who have type II need medical devices called pacemakers to maintain their heart rates.


Third-Degree Heart Block

In this type of heart block, none of the electrical signals reach the ventricles. This type also is called complete heart block or complete AV block. When complete heart block occurs, special areas in the ventricles may create electrical signals to cause the ventricles to contract. This natural backup system is slower than the normal heart rate and isn't coordinated with the contraction of the atria. On an EKG, the normal pattern is disrupted. The P waves occur at a faster rate that isn't coordinated with the QRS waves. Complete heart block can result in sudden cardiac arrest and death. This type of heart block often requires emergency treatment. A temporary pacemaker may be used to keep the heart beating until you get a long-term pacemaker.


Sumber : http://www.nhlbi.nih.gov/health/dci/Diseases/hb/hb_types.html




Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Wednesday, 20 July 2011

Menjelang Hari Lahir Raisya Adira

Tinggal beberapa hari je lagi untuk anak ummi (Raisya) melangkah menuju 1 years... wow! sebenarnya ummi sangat teruja, tengah memikirkan apa persiapan yang nak dibuat pada hari lahir Raisya, pulak tu jatuh pada bulan Ramadhan... apa yang ummi fikir, macammana pun caranya, majlis tu mesti berlaku walaupun simple je... ummi nak moment itu akan menjadi kenangan buat Raisya... Raisya lahir 5 hari sebelum bulan Ramadhan, itulah sebabnya hari lahirnya ini jatuh pada bulan Ramadhan... ummi cuma mengharapkan anak ummi sentiasa sihat dan ceria... lebih2 lagi kebelakangan ni Raisya sering tak sihat... ummi tak nak anak ummi ikut jejak langkah ummi, jadi pengunjung tetap hospital... sangat memenatkan dan meletihkan... cukup la dulu raisya penah masuk hospital 2 hari sebelum raya dan discharge sehari sebelum raya ketika Raisya baru berumur sebulan, sama keadaannya ketikamana ummi pernah masuk hospital 5 hari sebelum raya, dan discharge sehari sebelum raya... semoga anak ummi sentiasa dilindungi Allah...




Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Tuesday, 19 July 2011

Stress : Cara Menghadapi Dan Mengatasi

Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll.

Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.




Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda. Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada; perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya – sikap . kita terhadap sesuatu keaddan. Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada bagaimana anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu pengalaman pahit atau satu cabarang yang merangsang.

Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.
1) Senaman pernafasan.
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.
2)Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur.



3)Penggambaran.
Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.
4)Pengurutan (Massage).
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.
5)Kelegaan otot.
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.
6)Muzik.
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.



7)Pengurusan masa.
Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.

Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).
Sumber : Utusan Malaysia, 29 Mac 2006





Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Friday, 8 July 2011

Kelahiran Raisya Adira

Assalamualaikum... anak pertamaku, lahir pada 06/08/2010 di Hospital Serdang pada jam 2:37 pagi dengan berat 2.37 KG, angka yang sama... diantara post2 mengenai kelahiran dan tumbesaran Raisya yang sempat ummi Raisya catatkan di facebook ...

August 9, 2010 at 7:02pm sangat bahagia dapat kuar dari hospital... dah tiba masa berpantang kat kampung lak...
August 10, 2010 at 11:35am perubahan hidup --> melayari internet dengan satu tangan... (tangan sebelah lagi kene pegang baby, huhuhuuu~)
August 13, 2010 at 2:22pm pagi2 raisya dah kene cucuk lagi, nak buat camne... kita tunggu ayah datang malam ni k...
August 14, 2010 at 9:51am ‎1st time mandikan anak, sekali raisya menjerit daaa.... kalut dibuatnye... ayah raisya lak tak balik malam tadi... kene wat sorang2 laa... hurm.....
August 16, 2010 at 3:23pm geram betul la dengan semut2 halus yg suke tetibe muncul atas selimut anak.. aku piat2 sampai lunyai...
August 17, 2010 at 9:22pm bila tengok raisya, rase sayu mengenangkan bayi2 malang yang seumur dgn dia... tak sudah2 orang buang bayi...
August 18, 2010 at 2:55pm ingat nak upload gamba raisya, sekali carik2 usb nset tak jumpe lak... hurm... mane ye... musykil...
August 22, 2010 at 6:56pm ayah raisya dah balik shah alam, huuuu~.... T_T
August 23, 2010 at 10:03pm pagi g klinik kesihatan.. pastu g carik ubat homeopati kat melaka, pastu g poliklinik penawar pulak.. nenek kene cuti, ayah pulak b'kejar balik sepang lepas kerja.. keranamu raisya adira..... ",)
September 3, 2010 at 9:14am setiap pagi dengo lagu raye yang bermacam2... alahaaaii~, semua sibuk nak sambut raye... hmmm~, 'raya' ke??
September 3, 2010 at 10:45am ‎... rAiSYa @ 28 dAys... bEraT 3.8 KG... alhamdulillah~... ",)
September 7, 2010 at 10:47pm sangat risau... janganlah jadi ape2 kat raisya... T_T
September 11, 2010 at 10:46pm kalaulah aku boleh faham ape yg raisya rase...
September 13, 2010 at 11:09am malam tadi raisya ajak ummi wat qiamullail.. aduhaaii~ kalau ayah ade ok la jugak... ;-p
September 20, 2010 at 7:32am dah masuk keje balik... sangat tak bersemangat bile terpakse tinggalkan anak... T_T
October 8, 2010 at 8:57am dah 3 malam berturut2 raisya ajak bangun tengah2 malam... aduuss! ngantuknye la~...
October 12, 2010 at 7:54am raisya @ 2 month @ 5.5 kg... patut la ummi rase makin tak larat nak dukung raisya... ",)
October 18, 2010 at 6:25pm raisya @ 2 month 13 days @ 5.76 kg... cepatnye berat anak ummi ni bertambah... cepat kejar target ummi, 3 bulan mesti lebih dari 6 kg... ",)
November 15, 2010 at 1:18pm raisya @ 3 months 9 days @ 6.8kg... target ummi 7kg, tapi kurang lak... tak pe la, yang penting anak ummi sihat je... ",)
November 19, 2010 at 7:50am kuat lagi raisya~! kuat lagi~!! lagi..! tolak lagi...! akibat tak tahan asyik dengar ayah jerit camtu je >>> akhirnya pagi tadi baru ayah ngan ummi dapat tengok raisya meniarap sendiri.... ",)
December 10, 2010 at 7:39am raisya selsema, ummi selsema + sakit tekak... ayah pun dah join tak sihat gak... aduhaaaaii~... T_T
December 12, 2010 at 2:53pm ‎~~ ke-jealous-an ~~ my beloved daughter... T_T
December 19, 2010 at 10:00am raisya @ 4 months 13 days @ 7.1 kg... alahaaaii, sikitnye naik... today @ raisya demam + batuk berkahak... cian anak ummi...
December 20, 2010 at 4:05pm bila raisya tak sihat~ ummi pun kene cuti keje arini~...
December 21, 2010 at 11:51am raisya masih tak sihat~ ummi pun masih kene cuti~ Nabila Zainin , Buna Rabunah ngan Mohd Nizamuddin pun kene wat keje lebih ckit~...
December 24, 2010 at 12:43pm kalau tak pandai, tak payah jadi doktor @ nurse... menyiksa orang lain je~...
January 25 at 12:07pm kelam kabut arini... berkejo balik sepang~shah alam, pulak raisya demam~
January 27 at 6:28am ‎~kembali bekerja~ ",) raisya duduk kat umah diam2 ngan ayah M Shahrizan Aj ok!
March 6 at 10:44pm kalau ada pertandingan suara sapa paling kuat, confirm raisya menang... ~dah pukul 12 a.m pun masih menjerit2 depan tv~ test suara gamaknya...
March 12 at 8:38pm ‎~minggu yang takde rehat~ sok nak keje lagi... cian adira-ku, huhuhuuu~
March 18 at 8:30am dah lame tak tido nyenyak macam malam tadi ~gara2 raisya kepenatan bertanding menjerit dengan ielana~
March 19 at 2:02am ‎~ 2:17am ~ tinggal berdua with adira...
March 24 at 6:08am ‎6:23 am ~ bilamana M Shahrizan Aj tak de, amat susah la ummi nak bersiap gi keje... raisya kene tinggal sensorang kejap pun dah menjerit ~
May 6 at 8:56am ‎06/05/2011 ~ besday raisya adira yg ke-9 bulan ~ ",)
May 9 at 9:43am genap 9 bulan, adira-ku dah mula melangkahkan kakinya... me & M Shahrizan Ajsangat senang ati... ",)
May 25 at 9:05am ‎~ mood ~ ngantuk dikerjakan dek adira... mentang2 dah dapat kaki, 4am pun boleh jadi... ~adira~oh~adira~
June 15 at 10:21am Raisya Adira @ 10months and 9 days @ 8.4KG... ok la kot~ berat2 sangat kang tak larat nak dukung, kang ayah M Shahrizan Aj gak yg jadi mangsa~... ^_^
June 21 at 7:54am bila raisya gi depan tv... 
ummi : "raisya, jangan dekat dengan tv, haaaiipp~!"
raisya : "aaaiiitt~!"
eh eehh, mengajuk balik lak~

June 25 at 11:51am ‎~ ...adira demam... ~
~ ...ayah M Shahrizan Aj lak takde... ~
June 28 at 2:52pm apabila raisya demam ~haru biru kg. melayu subang~
Wednesday at 10:09am today >> M Shahrizan Aj, our daughter genap 11 bulan...
semakin rajin bangun awal pagi utk ikut ummi gi keje... (^_^)








Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Thursday, 7 July 2011

Tajamnya Kata-Katamu Itu...

semalam (06/07/2011) saya post kat facebook begini...

"bila perasaan menghormati orang lain tu dah hilang dari diri, jangan mengharap orang lain pun akan hormat pada anda... dan jangan marah juga jika orang akan mempermainkan setiap kata2 anda suatu hari nanti..."

sebenarnya masa tu agak terasa hati dengan sikap teman2 yang suka mempermainkan kata2 orang lain, dalam erti kata lain : "mengejek" la... walaupun kata2 itu hanya sebuah tulisan, gambarannya sangat pedas dan mengguris hati... ada masanya memang kita boleh bergurau, bersenda, tapi ada masanya kita perlu serius dalam sesuatu hal... bila keadaan seperti ini berlaku, teringat dalam surah Al-Zalzalah ayat 7-8, Allah berfirman :

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."

Jadi, bukan kejahatan je yang akan dibalas, kebaikan pun akan dibalas... Untuk itu, kita fikirlah baik2 sebelum nak lakukan atau bercakap apapun... cubalah belajar menghormati orang lain, walaupun hanya dengan kata2 yang tidak berbunyi, kerana lidah itu lebih tajam dari pisau jika kita salah menggunakannya...




Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

...I Am A New User...


Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... first time baru nak belajar menggunakan blog... sebelum ni rasa agak malas nak wat blog, sebab rasa tak rajin nak menulis... tapi selepas semalam (6/7/2011) genap umur anakku 11 bulan, baru tergerak hati nak buat blog... rasa rugi bila perkembangan anakku tak dicatat dan disimpan sebagai memori... sebelum ni cuma update dalam facebook je, tapi rasa macam tak bes lak... dah ada blog ni, boleh la merapu macam2, ahakz~! Buat tatapan, di atas ini adalah gambar familyku yang belum berkembang besar lagi... (^_^)




Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.